Tuesday 24 January 2012

Yes..yup..n YES!!

 Cik Teghaa baru je KHATAM sebuah novel yg adik Cik Teghaaaaaaaaaa beli..nice story u know..

ni sinopsis citer yg Cik Teghaa Copy from other blogger~

Cinta kepada Adam Khalis yang membawa Kaseh (yang comel dan manja) kepada cinta kepada Allah Yang Maha Agung. Dia bersungguh-sungguh menyiapkan diri supaya layak menjadi kekasih Adam Khalis yang baik. Allah mengasihi Kaseh dan Adam Khalis menjadi medium pendorong yang bakal membawa Kaseh ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun Adam tu bukanlah alim tahap ustaz-ustaz, tapi dia menjalankan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam untuk membimbing Kaseh ke arah yang sepatutnya.


Adam Khalis (budak biasiswa yang 'low profile') yang sudah sekian lama berada tidak jauh dari dirinya akhirnya kelihatan menyerlah di depan mata Kaseh. Sebelum ini Kaseh yang bermata keranjang, cepat saja terpikat dengan jejaka-jejaka kacak yang 'charming' akhirnya mengejar Adam Khalis setelah membuang Iskandar dari hidupnya. Iskandar jenis yang terlalu mendesak dan 'control freak' membuat Kaseh merasa bosan lalu memulakan pemburuan mencari pengganti.


Lamaran 'direct' dari wanita secantik Kaseh membuat Adam terkedu. Adam mencadangkan tempoh untuk mereka berkenalan terlebih dahulu sebelum 'declare' sebagai pasangan kekasih dan Kaseh laju saja bersetuju. Permulaan perkenalan Kaseh dan Adam Khalis membawa kita mendalami cara hidup Kaseh yang jauh menyimpang dari landasan Islam. Adam secara berhemah mendidik Kaseh. Dia tak pernah menyangka yang Kaseh yang amat terkenal sebagai model yang baik hati itu nama sahaja Islam tetapi dia kenal langsung apa itu Islam. Tetapi Adam sangat bersyukur kerana Kaseh tu seorang yang sangat mendengar kata dan lembut hatinya. Saksikanlah bagaimana Adam Khalis melentur Kaseh, gadis Singapura yang cantik bergaya itu menjadi muslimah yang manis. Kaseh yang selalu naik kereta mewah tu, sanggup bersusah payah naik MRT demi Adam. Hebat betul daya pesona Adam terhadap Kaseh. 


Kaseh mula menilai diri apabila menyedari betapa jauhnya jurang perbezaan peribadi antara dirinya dengan jejaka bernama Adam Khalis. Walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh seikhlas hati, dapatkah dia meletakkan dirinya setaraf dengan Adam Khalis? Kalaupun Adam masih sudi padanya, mahukah keluarga Adam Khalis menerima wanita seperti dirinya dalam hidup mereka? Ibu Adam Khalis awal-awal lagi sudah beristigfar dan menggeleng kepala. hmmmm... alahai Kaseh, ada 'chance' ke? Bagi yang menumpukan cerita Adam - Kaseh mungkin akan sangat berpuas hati dengan pengakhiran cerita. Sesekali tertanya tanya juga khabar Syera yang sangat rapat dengan Kaseh. Adakah dia masih lagi sesat dalam dunianya? Syera ni lah orang yang paling bimbang apabila Kaseh jatuh hati pada Adam. Dia risau yang dia akan kehilangan Kaseh yang merupakan teman berhibur dan sponsor besarnya apabila berhora di mana-mana. Semasa Kaseh dalam kesesatan, nak sangat dia ikut Kaseh ke mana-mana, tetapi apabila Kaseh menuju ke jalan yang benar, Syera langsung tak mahu ikut. Sayang. Bukan semua mahu jadi baik. Mereka mahu terus sesat. Perubahan rakannya tidak dilihat sebagai petunjuk dari Allah sedangkan orang-orang begini akan menyebut, dia akan berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk dari Allah. Petunjuk sudah di depan mata tetapi dia tidak mahu melihat pula petunjuk itu.



SECARA RINGKASNYA..apa yg CIk Teghaaa dpt dr Cite nie IALAH>>>>>>

cite ni pasal 1 guys ala2 ustaz n 1 gurl mmg nk kata rosak habislaa..

cite ini sgt memberi kesan kpd DIRI ini..

1) walau KAYA mcm mana pun kita, we should be NICE to others..

2)JANGAN sesekali PANDANG SERONG pd bdk free hair or kaki togak..sebab, bila dia da INSAF, dia akan jd LEBIH BAIK dr KITA..Believe Me!!

3) Kaum ADAM perlu kuat IMAN nya agar x mudah goyah dengan hasutan atau ajakan.. Malah perlu bertindak sebagai PELINDUNG wanita :)

4) CABARAN dan ONAK DURI xkan lekang dr kehidupan..perlu tabah menghadapinya..




okay!! ni la cover novel nye..ce u olsss cari..mmg best..
kita boleh aplikasi cara Adam Khalis berdakwah..

n yepp, no istilah COUPLE, GF n BF okay..

juz KAWAN..


secara keseluruhannya dis novel was AWESOME!!!


credit to Nirrosette..


thanx to my luvly sista coz beli dis novel using her baucer 1 Malaysia..huhu




p/s: actually, bila baca pasal A.K..mst Cik Teghaaa terbayang Mr.Lidi..dunno y...oooo my goodness..

No comments:

Post a Comment